fbpx
Kapal M/V Piano Land menawarkan pengalaman unik dan menarik kepada pelancong tempatan dan juga serantau ketika belayar ke beberapa destinasi terkenal hingga ke Thailand dan Hong Kong.

Pelayaran tanpa kasino dengan M/V Piano Land

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 Pada bulan November lalu, Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd. (Hwajing) telah memeterai kerjasama strategik dengan Astro Ocean Cruise (Astro Ocean) untuk membawa kapal persiaran M/V Piano Land Ke Malaysia.

Kerjasama ini telah menyaksikan kapal persiaran China itu sedang belayar membawa penumpang ke beberapa destinasi popular ke Pulau Pinang, Langkawi, Malaysia; ke Phuket Thailand dan juga ke Hong Kong dalam bulan Disember ini.

Ini adalah kejayaan kedua Hwajing selepas mengoperasikan sebuah kapal persiaran Itali tahun lalu dan Pengarah Urusan syarikat, Kenny Cheong sangat teruja dan berbangga dengan projek membawa kapal persiaran M/V Piano Land ke luar dari China menjadikan Malaysia sebagai ‘home port’.

Beliau yang memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pelayaran dan memulakan kariernya sebagai ejen pelancong ketika itu, begitu bersemangat besar untuk merealisasikan pengalaman percutian berkonsepkan mesra muslim kepada pasaran berpotensi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Melalui tawaran harga pelayaran kurang daripada RM1,000 seorang dengan menikmati pelbagai kemudahan untuk berhibur, bersantai, makanan dan minuman, persembahan kebudayaan, aked mini membeli-belah dan juga bersukan serta spa, segalanya mampu meninggalkan memori unik kepada para penumpangnya.

“Ketibaan M/V Piano Land ke Malaysia akan mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan percutian pelayaran lebih mudah diakses dan dinikmati oleh pelancong Malaysia dan Asia Tenggara. 

“Pencapaian ini juga amat bermakna kepada kami, bersempena sambutan ulang tahun ke-36 Hwajing pada tahun ini,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

KOSMO!: Apakah perasaan Kenny dengan kejayaan M/V Piano Land mula belayar di perairan Malaysia dan di Asia Tenggara?

KENNY: Ini adalah pelayaran kedua kapal persiaran ini ke Malaysia yang mana pertama kami ia tiba di sini bulan Mac lalu yang mana kami telah menjemput kumpulan pempengaruh dan ejen pelancongan untuk belayar bersama kami bagi tujuan promosi awal.

Jadi bulan ini bermulalah pelayaran kapal ke beberapa destinasi popular termasuk Langkawi, Phuket, Thailand dan juga ke Hong Kong. 

Bagaimana dengan sambutan terhadap pakej pelayaran bersama M/V Piano Land?

Sebenarnya saya sangat bangga dengan pencapaian ini kerana kami berjaya membawa kapal milik negara China berlabuh di Pelabuhan Klang menjadikan Malaysia sebagai homeport.

Sebelum ini, kapal ini tidak pernah belayar di luar China dan ia khusus untuk pelanggan di negara berkenaan. Jadi kami berbangga kerana dapat membawanya pertama kali keluar belayar ke perairan Asia Tenggara. 

 

Berapa lama Kenny berbincang dengan pihak China untuk membawa kapal ini ke Malaysia?

Sejak tahun lalu selepas bulan September. Sebenarnya kapal persiaran ini telah diambil alih oleh sebuah syarikat, Astro Ocean pada tahun 2019 dan selepas dua, tiga bulan mahu beroperasi,  pandemik Covid-19 telah menghentikan semua urusan di seluruh dunia menyebabkan operasi syarikat dihentikan buat sementara waktu.

China pula adalah antara negara yang lambat membuka pintu sempadannya dan anda boleh bayangkan ketika itu, syarikat baru mengambil alih kapal persiaran tersebut,meskipun begitu syarikat tetap beroperasi dalam keadaan tertekan itu syarikat terus beroperasi dalam industri yang mencabar ini. 

Kenapa Kenny begitu serius mahu menjayakan projek ini?

Anda lihat sekarang banyak pemain dalam industri ini seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang melihat kepada pasaran utama seperti Hong Kong, Shanghai, Jepun, Korea dan Taiwan dan Singapura di pasaran Asia Tenggara.

Jika anda bertanya kepada mereka, pastinya mereka memfokuskan kepada Singapura dan menganggap  Malaysia,  Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia sebagai pasaran peringkat kedua tetapi ia juga cukup berpotensi untuk kami teroka pasaran ini.

Rakan niaga memiliki keyakinan yang teguh terhad kami dan kami yakin projek ini akan berjaya.

Apakah sasaran Kenny terhadap pelayaran ini dengan jumlah penumpangnya?

Rakan niaga mahu melihat pertumbuhan angka dan mereka rasa ia satu menggalakkan. Memandangkan pelayaran pada bulan Disember ini sahaja, kami menjangkakan untuk mendapatkan lebih daripada 15,000 penumpang  dan sasaran itu boleh dicapai.

Jadi kontrak pelayaran ini hanya selama sebulan, adakah ia akan diteruskan sehingga tahun depan?

Ya hanya sebulan tahun ini dan kami sedang berbincang untuk meneruskan untuk tahun depan.

Ia semua bergantung kepada persekitaran pasaran tetapi rakan perniagaan kami memberi satu bayangan yang positif yang mana saya pasti mereka akan kembali lagi pada tahun depan.

Apakah yang menariknya  tentang kapal persiaran  M/V Piano Land ini?

Pelayaran menawarkan satu pengalaman percutian yang menarik dan bagi pelancong Malaysia khususnya yang beragama Islam mahukan percutian berkonsepkan halal dan selalunya bila kita bercerita tentang kapal persiaran ia pastinya akan melibatkan kasino.

Bagi kapal ini, ia tiada kasino malah salah sebuah dapur di dalam kapal ini telah mendapat pensijilan sertu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan seterusnya untuk mendapatkan sijil halal.

Disebabkan itu saya melihat industri pelayaran muslim masih  berpotensi besar malah ia ‘untouchable’  dan kami menyasarkan untuk meneroka pasaran muslim di pasaran global yang semestinya pelancong dari negara islam mahu bercuti dan belayar di kapal persiaran yang tiada kasino. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI