fbpx
Jenazah Muhammad Amaluddin Hishamuddin dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Pontian untuk di bawa balik kerumahnya di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, di Pontian, disini, hari ini.

[VIDEO] Jenazah mangsa kren runtuh dituntut keluarga masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik Hospital Pontian apabila ahli keluarga nenuntut jenazah mangsa tragedi runtuhan dan kebakaran kren di Stesen Janakuasa Arang Batu Malakoff, Tanjung Bin di sini, semalam.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dari Tanah Merah, Kelantan dan Muhammad Amaluddin Hishamuddin, 24, yang beralamat di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.

Jenazah Allahyarham Muhammad Alfarid dituntut oleh abangnya, Muhamad Faris. Jenazah dibawa keluar dari Hospital Pontian pada pukul 1 tengah hari sebelum dibawa pulang ke Kelantan dengan menggunakan van jenazah milik Pertubuhan Teraju Ehsan Ayer Baloi.

Jenazah Muhamad Amaluddin pula dituntut bapanya, Hishamuddin Sulaiman dan ibunya, Aminah Kemat sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Nusa Perintis pada pukul 2 petang selepas proses bedah siasat selesai.

Menurut Hishamuddin, jenazah anaknya akan dibawa pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN