fbpx
Saifuddin pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah 2025 di Kulim, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Rakyat Sabah cenderung pilih parti tempatan, mesra Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa rakyat Sabah cenderung memilih parti tempatan berikutan sentimen ‘Sabah for Sabahan’.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, disebabkan sentimen yang kuat itu, ia memberi manfaat kepada dua parti yang bertanding iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).

“Tetapi apabila kita analisis lagi data itu, kita dapati antara dua parti itu, apabila GRS dan Warisan bertembung, pemenangnya adalah GRS.

“Ia bermaksud rakyat Sabah menghantar isyarat Sabah for Sabahan, tetapi parti Sabah yang kami pilih adalah parti yang mesra dengan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah 2025 di sini hari ini.

Kata beliau, rakyat Sabah sebenarnya mahukan kerajaan negeri yang boleh berganding bahu dan bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Jadi pengajaran yang boleh kita ambil ialah rakyat Sabah sangat menghendaki kerajaan yang boleh bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan, itu mesej yang sangat jelas,” ujarnya.

Tambahnya, satu mesyuarat di peringkat Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan secara terperinci berhubung keputusan PRN Sabah akan diadakan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN