fbpx
JAGUH gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy gembira selepas menjelmakan pingat emas buat negara.

Giliran Sharul Aimy, Kang Xian pula gegar emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Skuad gimnastik negara terus menyumbang pingat emas buat Kontinjen Malaysia apabila berjaya menjelmakan dua pingat emas menerusi acara melombol lelaki dan batang titian wanita di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Pada aksi Gimnasium 5, Universiti Thammasat, jaguh gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy mempamerkan aksi cukup kemas untuk meraih pingat emas dengan catatan 13.833 mata.

Kemenangan tersebut cukup dramatik apabila dia hanya dipisahkan 0.016 mata dengan pemenang pingat perak dari Filipina, Cruz John Ivan yang mengutip 13.817 mata dan pingat gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Tikumporn Surintornta (13.717).

“Syukur Alhamdulilah kerana saya boleh bawa balik pingat emas untuk Malaysia kerana sebelum ini saya dua kali berturut-turut raih gangsa.

“Saya sebelum ini dihimpit kecederaan dan saya hampir putus asa. Apapun, saya gembira kembali di atas podium kemenangan,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Aksi luar biasa diteruskan oleh gimnas wanita, Yeap Kang Xian yang mendominasi acara batang titian selepas tenang melakukan rutinnya untuk mencatat mata tertinggi 13.233, jauh meninggalkan pesaing dari Singapura, Amanda Yap Ee Lin (12.733) yang meraih perak.

Sementara itu, bintang Filipina, Aleah Finnegan  terpaksa berpuas hati dengan meraih pingat gangsa selepas mencatat 12.467 mata.

Semalam, Malaysia meraih pingat emas menerusi Rachel Yeoh Li Wen dalam acara palang bertingkat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN