fbpx
Pengurusan kanan Fuji Logistics memotong riben bersempena majlis pelancaran fasiliti terbaharunya.

Fasiliti terbaharu Fuji Logistics tawar penyelesaian, perkukuh kedudukan hab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fuji Logistics (M) Sdn Bhd meraikan pembukaan rasmi fasiliti terbaharunya, Kulim Logistics Center 2 di Northern Technocity, Kulim bakal mengukuhkan lagi kedudukannya  sebagai hab logistik dan pembuatan berteknologi tinggi yang semakin berkembang di utara Malaysia.

Kemudahan terbaharu ini tiga kali lebih besar dari Kulim Logistics Center 1 (KLC1) di Kulim Hi-Tech Park sekali gus akan akan meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatannya serta menawarkan penyelesaian logistik yang lebih baik kepada para pelanggan.

Pengarah Urusan Fuji Logisticss (M) Sdn Bhd, Satoshi Toki berkata, pembukaan
Kulim Logistics Center 2 di Northern Technocity menandakan langkah penting
dalam komitmen syarikat untuk menyokong sektor pembuatan berteknologi tinggi
yang pesat berkembang di Kulim, Kedah.

“Northern Technocity menawarkan persekitaran terbaik untuk perkembangan operasi kami, yang membolehkan kami menyediakan penyelesaian khusus kepada para pelanggan.

“Kami teruja untuk mengukuhkan kehadiran di kawasan ini dan menyumbang kepada pembangunan logistik serta industri di rantau ini,” katanya dalam kenyataan.

Fuji Logistics (M) Sdn Bhd (Fuji Logistics), yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1997, merupakan penyedia perkhidmatan logistik terkemuka di bawah Fuji Logistics Co. Ltd. dan Mitsubishi Logistics Group.

Syarikat ini menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh merangkumi gudang berlesen, kastam dan penghantaran barang, pengangkutan serta pembungkusan khusus untuk pelbagai industri, terutamanya dalam sektor elektronik.

Fuji Logistics menghubungkan Malaysia ke rangkaian perdagangan global melalui penyelesaian rantaian bekalan yang cekap melalui operasi utamanya di Kulim Hi-Tech Park dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Pada tahun 2012, Fuji Logistics  melancarkan gudang berlesen
pertamanya, Kulim Logistics Center 1 (KLC1), di Kulim Hi-Tech Park, dan
perniagaannya terus berkembang pesat sehingga kini.

Selain itu, Ketua Bahagian Hartanah Kumpulan MMC, Gan Seng Keong menerangkan,  pembangunan industri Northern Technocity terus menarik kemasukan FDI oleh syarikat multinasional.

“Peluasan Fuji Logistics Malaysia di Northern Technocity mengukuhkan lagi ekosistem logistik di taman industri ini.

“Dalam jangka masa yang panjang, perkembangan ini dapat mengangkat Kulim dan Kedah sebagai destinasi strategik bagi sektor logistik dan pembuatan berteknologi tinggi, sekali gus memacu daya saing ekonomi dan pembangunan industri,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN