fbpx
Kenderaan Toyota Fortuner yang terjunam ke dalam gaung di KM 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring berhampiran Bukit Kawah, Hulu Terengganu pada Jumaat lalu.

Lima jam naikkan Fortuner jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Operasi menaikkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer (KM) 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring berhampiran Bukit Kawah di sini Jumaat lalu merupakan pengalaman paling mencabar buat syarikat penunda, Mim Autoparts.

Pengusahanya, Mohd. Izani Mohd. Rahim, 46, berkata, dia dan enam pekerjanya mengambil masa hampir lima jam untuk menyelesaikan tugasan tersebut yang berada pada kedalaman 61 meter dari jalan raya.

“Bukan mudah untuk mengeluarkan SUV tersebut apatah lagi dalam keadaan hujan lebat. Struktur tanah di lokasi bukan sahaja curam, berbatu dan mudah runtuh malah menjadi lembut disebabkan hujan.

“Ini kerja-kerja penundaan paling sukar sejak syarikat saya beroperasi kira-kira 16 tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan sebuah SUV Toyota Forturer yang dinaiki pasangan bakal pengantin terjunam ke dalam gaung pada pukul 5.30 petang, Jumaat lalu. Insiden itu mengorbankan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Lebir, Hassan Shazali, 52, dan Suzaimah Che Azis, 34, pengusaha kantin sekolah sama.

Katanya, kerja-kerja menaikkan SUV itu menggunakan dua kren penunda khas dengan pekerja perlu turun ke dalam gaung. Struktur tanah lembut akibat hujan dan batu besar menyukarkan kerja-kerja untuk menurunkan pekerja dan memastikan kedudukan kabel kekal pegun.

“Berat kenderaan itu yang bercampur tanah dan lumpur dianggarkan kira-kira dua tan. Kerja-kerja penundaan yang bermula pukul 2 petang siap sepenuhnya pukul 6.30 petang kelmarin (Sabtu lalu).

“Kos menaikkan SUV itu adalah RM4,000 yang ditanggung keluarga mangsa,” katanya. Kenderaan itu ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, tempat kejadian merupakan antara lokasi yang dilaporkan kerap berlaku kemalangan maut sebelum jambatan tersebut runtuh pada Monsur Timur Laut tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN