fbpx
Quinn diarah membayar pampasan kepada Allen selepas memanggilnya gemuk. - Cavendish Press LTD

Lelaki ejek jiran gemuk didenda lebih RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki di Britain diarah membayar pampasan sebanyak £100 (RM550) atas kesalahan menggelar seorang jirannya ‘gemuk’ selepas bertengkar dengan wanita itu, lapor akhbar Mirror UK. 

Kejadian berlaku di perkampungan Burton Wood, Warrington pada 28 Mac lalu. 

Aaron Quinn, 33, terlibat dalam pergaduhan dengan jirannya sebelum menghina berat badan mangsa, Sarah Allen sehingga menyebabkan wanita itu tertekan. 

Tertuduh mendakwa dirinya sedang menghadapi masalah insomnia selepas kematian ibunya. Pendakwa raya, Renee Southern menyatakan bahawa penghinaan terhadap Allen adalah ‘insiden yang berterusan’. 

“Defendan pergi ke rumah jirannya yang lain, Michael Taylor dan menendang pintu lalu mengarah dia keluar. Selepas bertengkar dan meninggalkan kediaman tersebut, defendan merosakkan lampu sehingga pecah. 

“Pada hari sama, defendan bertengkar dengan Allen. Dia membuat mangsa berasa tertekan, menghina berat badannya dengan memanggilnya gemuk. Kami menyifatkan kejadian ini sebagai insiden yang berterusan,” kata Southern. 

Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Warrington dan didenda serta dikenakan perintah sekatan 12 bulan daripada menghubungi mangsa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN