PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak yang menaiki basikal lajak nyaris dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat, kelmarin.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar Putra Heights, Puchong itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan.
Berdasarkan video itu, seorang kanak-kanak didapati memecut laju dengan aksi berbahaya manakala seorang lagi hampir dirempuh sebuah kenderaan apabila lampu isyarat di simpang sebelah kanan berubah hijau.
Tindakan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial.
“Nanti bila jadi apa-apa, mula ibu bapa salahkan orang yang langgar,” kata Junaini.
“Ibu bapa tolong pantau anak, ini kalau jadi apa-apa panjang cerita,” ujar Apis. – KOSMO! ONLINE














