fbpx
Penyerang TFC, Engku Nur Shakir meraikan jaringan penyamaan bagi membolehkan pasukannya seri 1-1 dengan Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.

Liga Super: TFC hampir jadi mangsa Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) nyaris tumbang di laman sendiri sebelum berjaya mencari gol penyamaan bagi mengikat Kuching City FC 1-1 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, skuad Sang Penyu hampir mengecewakan lebih 1,000 penyokong tegarnya sebelum pemain gantian, Engku Muhammad Nur Syakir Engku Yacob muncul penyelamat dengan menjaringkan gol penyamaa pada masa kecederaan.

Meskipun turun dengan lebih agresif, TFC masih gagal menandingi kualiti permainan skuad The Cats yang memberi asakan seawal minit pertama.

Pemain import, Gabriel Silva menghampakan penyokong tuan rumah dengan dua percubaannya berturut-turut gagal menembusi gawang.

Pemain tengah Kuching City, Petrus Shitembi yang pernah menjarung jersi TFC akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-43.

Bersambung separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha meraih jaringan, beberapa kali peluang TFC melalui percubaan pemain gantian, Mohamad Khalai’f Mohd. Naskam gagal menemui sasaran.

Begitupun hasrat Kuching City untuk membawa pulang tiga mata dinafikan Engku Syakir bagi memastikan TFC meraih satu mata.

Aksi bertukar panas pada penghujung babak permainan apabila kad merah dilayangkan kepada Muhammad Safwan Mazlan dan Filemon Anyie selepas kedua-duanya terbabit dalam insiden pergaduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN