fbpx
MAZNAH (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mengacukan pisau terhadap ibunya, Isnin lalu. Foto MOHD. SHARKAWI LONDING/KOSMO!

Ugut bakar rumah, acu pisau dekat ibu berang dilarang keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Berang dilarang keluar rumah, seorang wanita sanggup mengacukan pisau terhadap ibu kandungnya serta mengugut mahu membakar rumah dalam kejadian pergaduhan di Kampung Sri Pantai, Senggarang di sini, Isnin lalu.

Perbuatan Maznah Naim, 50, bagaimanapun memakan diri apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh yang masih bujang itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan, didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengeluarkan kata-kata ‘aku akan bakar rumah’ sambil mengacu sebilah pisau terhadap ibunya berusia 70 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sri Pantai, Senggarang di sini, pada pukul 6.30 petang, 1 Disember lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan buat, ibu tertuduh melarangnya keluar rumah sebelum wanita itu tiba-tiba naik angin lalu mengambil sebilah pisau.

Mangsa yang berasa ketakutan dengan ugutan itu lalu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Senggarang pada keesokan hari.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam, Haryanti Othman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh gagal membayarnya sebelum dihantar ke Pusat Koreksional Muar bagi menjalani tahanan sementara.

Kes disebut semula pada 4 Februari depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI