fbpx
Yusuf Taiyoob (kanan) menerima anugerah Pemimpin Perniagaan Terbilang untuk Kesan Sosial 2025 sempena AAMC 2025 di Bayan Lepas, hari ini.

Kalau kita berjaya, jangan lupa orang miskin – Yusuf Taiyoob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Usahawan terkemuka negara, Datuk Seri Yusuf Taiyoob mengingatkan golongan belia terutama para pelajar agar tidak sesekali menyisih individu kurang berkemampuan dan tidak lokek untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata demikian selepas menerima pengiktirafan berprestij iaitu Anugerah Pemimpin Perniagaan Terbilang untuk Kesan Sosial 2025 sempena 16th Asian Academy of Management International Conference 2025 (AAMC 2025), hari ini.

Majlis yang dianjurkan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Pengurusan dan Asian Academy of Management (AAM) itu menghimpunkan tokoh akademik, pemikir industri dan peneraju perniagaan dari seluruh rantau Asia.

Anugerah tersebut diberikan kepada beliau, selaku pengasas dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa beliau dalam memacu pembangunan sosial melalui inisiatif tanggungjawab korporat yang konsisten dan memberi impak mendalam kepada masyarakat.

Selain itu, beliau juga terkenal sebagai dermawan yang aktif menyokong pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti khususnya di Pulau Pinang.

Yusuf berkata, beliau ingin menzahirkan penghargaan kepada pasukan syarikat yang sentiasa bersama beliau membangunkan jenama tempatan sehingga dikenali di peringkat global.

“Saya turut ucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi anugerah ini kepada saya, saya harap dengan anugerah ini ia akan mendorong pelajar dan masyarakat untuk sentiasa menolong orang lain,” katanya selepas menghadiri 16th Asian Academy of Management International Conference 2025 (AAMC 2025) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, minatnya terhadap dunia perniagaan mula berputik sejak kecil lagi di mana beliau enggan menjadi pekerja makan gaji meskipun pendapatan sebagai usahawan kecil ketika itu mungkin tidak menentu.

“Saya ada minat, saya ada semangat, tetapi saya tidak ada jalan. Namun saya tetap bergerak, walaupun tidak tahu arah,” katanya.

Tambahnya, di sebalik kejayaan dalam bidang perniagaan dia tidak pernah lupa falsafah hidupnya iaitu membantu mereka yang memerlukan.

“Kalau kita berjaya, jangan lupa orang miskin. Sebahagian daripada rezeki kita mesti dikongsi. Jika kita memberi, mereka akan memberi kepada orang lain, dan bantuan itu akan terus mengalir,” tambahnya Yayasan Yusuf Taiyoob akan meneruskan tajaan kepada 10 pelajar universiti yang kurang berkemampuan bagi memastikan keperluan mereka sentiasa mencukupi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN