fbpx
Banjir kilat yang melanda sekitar ibu negara semalam.

Cuaca tidak menentu, gangguan infrastruktur punca banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur berpunca daripada cuaca tidak menentu dan gangguan infrastruktur setempat.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama agensi keselamatan telah digerakkan segera bagi memastikan keselamatan awam, menutup kawasan berisiko, membantu
mereka yang terjejas serta melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan.

“DBKL kini sedang menjalankan penilaian terhadap kerosakan dan infrastruktur bandar bagi mengenal pasti tindakan penambahbaikan yang boleh
dilaksanakan.

“Keadaan berjaya dikawal dalam masa singkat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, orang awam dinasihatkan mematuhi arahan keselamatan dari semasa ke semasa dan menyalurkan maklumat dengan menghubungi Talian Kecemasan DBKL 24 Jam, melalui Bilik Gerakan Bencana DBKL di talian 03-2617 9862 atau WhatsApp 013-2503 255.

“Maklumat berkaitan kecemasan juga boleh disalurkan ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) melalui WhatsApp 019-212 0032, Pusat Kawalan Operasi Jabatan Penguatkuasaan DBKL di talian 03-4010 6273 atau WhatsApp 019-212 0031, serta Skuad Kecemasan DBKL di talian 03-9284 3434 / 03-9284 3636 atau WhatsApp 011-6539 9004,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI