fbpx
Gambar hiasan.

‘Kalau tak mampu pergi hospital kerajaan…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ukur baju di badan sendiri, kalau tak mampu, pergi hospital kerajaan.”

Itu reaksi seorang wanita yang marah selepas rakannya mahu meminjam wang kerana tidak cukup duit untuk membawa bayinya ke klinik swasta.

Menerusi hantaran pengguna Threads, rakannya memaklumkan klinik kerajaan di kawasan rumahnya tidak peramah dan terlalu ramai pesakit.

“Boleh pinjam duit? Akak nak buat pemeriksaan bayi di klinik swasta tapi tak cukup duit.

“Klinik kerajaan kawasan rumah akak ini tak peramah. Ramai sangat orang buat pemeriksaan di situ,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi rata-rata pengguna media sosial termasuk berkongsi pengalaman sama.

“Kau mengata klinik kerajaan tapi tak sedar diri sebenarnya tak mampu. Kau ingat orang lain nak tanggung kau ke?,” kata @Aziqyaya.

“Orang yang suka meminjam duit selalunya sebab dah jadi tabiat. Ramai orang yang memerlukan sebenarnya nak elak berhutang,” komen @Adawiah.din.

“Kawan kakak aku pun selalu pinjam duit sebab nak pergi hospital atau klinik swasta. Pernah minta pinjam RM13,000 sebab nak bersalin tapi kakak tak bagi. Kawan itu cakap kakak aku lupa kawan,” kata Alya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN