fbpx
AB. RAUF mewakili kerajaan negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Bung Moktar di Sidang DUN Persidangan Ketiga (Bajet) di Seri Negeri, hari ini.

Sidang DUN Melaka zahir takziah pemergian Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Perkara itu disuarakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebaik persidangan bermula sempena Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

“Pagi ini kita dikejutkan pemergian Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan kerajaan negeri merakamkan ucapan akziah kepada keluarga Allahyarham,”ujarnya.

Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag dan dikenali sebagai antara pemimpin politik berpengaruh di Sabah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.46 pagi di sebuah hospital swasta sebelum berita pemergiannya dimaklumkan oleh anak beliau, Naim Kurniawan Moktar menerusi laman Facebook.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak pagi Khamis akibat kegagalan buah pinggang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI