fbpx
Mohamad mencuba sendiri jentera memproses padi di Sekinchan.

Menteri teruja anak muda dapat hasil padi 10 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu teruja melihat kejayaan anak-anak muda bumiputera yang mengusahakan Projek Perintis Jelapang Padi Darul Ehsan, Sekinchan sehingga mencapai hasil luar biasa mencecah 10 tan.

Ketika meninjau tapak projek bersama PKPS pagi tadi, beliau berkata, semangat dan disiplin tinggi golongan muda itu membuktikan sektor padi boleh dimajukan sekiranya digerakkan dengan teknologi moden dan pengurusan yang teratur.

Lebih menarik, Mohamad turut mengendalikan mesin pengumpul jerami, komponen penting industri padi yang kini menjadi sumber pendapatan tambahan kepada pesawah apabila batang padi yang sudah dituai itu dijual kepada pengusaha ruminan di seluruh negara.

“Inilah contoh pertanian moden yang memberikan manfaat berganda. Hasil naik, pendapatan bertambah dan industri hiliran pun hidup,” katanya.

Beliau mahu lebih ramai anak muda tampil ke hadapan bagi memacu sektor padi ke tahap lebih berdaya saing.

“Kita bergantung kepada tekad dan kesungguhan petani untuk masa depan makanan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN