fbpx
Gambar Mohamad dan Mohamad Khairil ketika menuai cili, bendi dan terung di halaman rumah menerusi Projek Ehsan Tani yang dikongsikan di media sosial, semalam.

Tanam cili di rumah langkah kecil, manfaat besar – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tanam cili, bendi dan terung di halaman rumah pun sebenarnya satu langkah kecil yang memberi manfaat besar”.

Itu kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam usaha menggalakkan masyarakat untuk mula bercucuk tanam di rumah masing-masing.

Beliau menjelaskan, usaha berkenaan sekali gus membantu usaha keterjaminan makanan negara.

Belaiu turut memberikan contoh tanaman cili, bendi dan terung di halaman rumah menerusi Projek Ehsan Tani, yang memanfaatkan kawasan rumah, tanah kosong dan tanah terbiar untuk menambah sumber makanan keluarga.

“Petang tadi Bang Mat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Dr. Mohamad Khairil menuai cili, bendi dan terung di halaman rumah menerusi Projek Ehsan Tani. Seronok tengok tanaman hidup subur dan hasilnya pun cantik-cantik.

“Ia merupakan antara inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menggalakkan rakyat menggunakan sepenuhnya tanah kosong dan terbiar supaya dimanfaatkan dengan aktiviti pertanian,” katanya menerusi media sosial, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada orang ramai yang berminat supaya menghubungi PKPS untuk khidmat nasihat.

“Boleh hubungi pihak PKPS untuk dapatkan nasihat, tunjuk ajar dan maklumat lanjut.

“Bang Mat berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat diperluaskan demi manfaat rakyat dan masa depan sektor pertanian negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN