fbpx
HAALAND meledak satu gol ketika menentang Fulham untuk mengumpul jaringan ke-100 di EPL sekali gus memintas pencapaian Shearer. - AFP

EPL: Haaland cipta rekod di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang Manchester City, Erling Haaland melakar sejarah baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjadi pemain terpantas yang menjaringkan 100 gol dalam saingan tersebut.

Pemain Norway itu melakar sejarah tersebut selepas menjaringkan satu gol ketika membantu City mencatat kemenangan 5-4 ke atas Fulham pada aksi liga yang berlangsung di Craven Cottage awal pagi semalam.

Melakukan pencapaian itu hanya menerusi 111 perlawanan, Haaland berjaya meleburkan rekod terpantas sebelum ini dipegang oleh legenda England, Alan Shearer yang melakukannya dalam 124 perlawanan.

“Pencapaian ini cukup besar dan saya sangat bangga. Sudah tentu ia bukan satu pencapaian yang biasa, dapat masuk ke dalam ‘kelab 100’ merupakan perkara cukup bersejarah dan sangat cemerlang.

“Memang saya tahu mengenai rekod tersebut, sebab itu saya cuba untuk merealisasikannya. Walaupun ia adalah pencapaian individu tetapi saya juga sentiasa melakukan yang terbaik bagi membantu pasukan,” katanya.

Selain satu gol yang dijaringkan Haaland, gol City turut hadir menerusi dua jaringan Phil Foden selain masing-masing satu gol Tijani Reijnders serta gol sendiri Sandar Berge.

Menerusi kemenangan itu, The Citizens terus mengekori rapat pendahulu liga, Arsenal tetapi Haaland menegaskan, mereka hanya perlu fokus pada perlawanan sendiri dan tidak terlalu mengejar The Gunners.

“Memang penting untuk kami menang kerana Arsenal juga menang di sini. Bagaimanapun, kami perlu fokus pada diri sendiri dan tidak terlalu fikirkan Arsenal kerana perlawanan hari ini (semalam) bukan yang terbaik,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN