SUBANG JAYA – Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Kampung Tengah, Puchong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 tahun itu pada pukul 6.05 petang semalam.
Menurutnya, mangsa pertama dikenali sebagai Siti Noor Shafiqah Edarullah, manakala mangsa kedua ialah Siti Esmahdatul Husna Abdullah.
“Kedua-dua remaja ini kali terakhir berada di alamat Lot 106, Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, pada Isnin lalu.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dua remaja ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau hubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Fyruz Salim di talian 016-727 9039 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE














