fbpx
Lokasi kereta Toyota Vios terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan, tengah malam tadi.

Tukang masak maut, rakan selamat kereta terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut, manakala rakan sekerjanya terselamat selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan di sini, tengah malam tadi.

Mangsa, Loo Eng Huat, 34, yang merupakan seorang tukang masak, terperangkap di dalam kereta jenis Toyota Vios dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya terselamat selepas sempat keluar dari kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam ketika mangsa memandu kereta dari arah Riverfront ke Taman Intan.

“Kereta dinaiki mangsa bersama rakannya, Ooi Jing Huang, 30, telah melanggar besi penghadang jambatan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam Sungai Petani. Mangsa dikatakan tenggelam bersama kereta di dalam sungai, manakala rakannya sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, manakala rakannya diberikan rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN