fbpx
Peniaga boleh membawa barangan dagangan mereka dengan bebas. - SindoNews

Kereta api khas mudahkan peniaga angkut barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – PT Kereta Api Indonesia (KAI) memperkenalkan perkhidmatan komuter khas untuk golongan petani dan peniaga bagi memudahkan mereka mengangkut barang dagangan tanpa mengganggu penumpang biasa, lapor laman berita RRI hari ini.

Mula beroperasi semalam, tren tersebut pada peringkat permulaan menawarkan perkhidmatan untuk komuter laluan Merak-Rangkasbitung, Banten.

Ia digabungkan dalam rangkaian laluan komuter yang sama, namun dengan rekaan dalaman yang disesuaikan.

Gerabak tersebut mempunyai jumlah kerusi yang dikurangkan kepada 73 dan diletakkan pada sisi kiri dan kanan koc.

Ia bagi menjadikan ruang di tengah gerabak lebih luas supaya peniaga boleh meletakkan barang jualan mereka dengan bebas.

Antara peraturan penggunaan gerabak itu adalah tidak dibenarkan membawa barangan yang berbau kuat, haiwan ternakan, objek mudah terbakar, senjata api dan tajam.

Harga tiket kereta api tersebut cuma 3,000 rupiah (RM0.75 sen) untuk peniaga dan barangan yang dibawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN