PETALING JAYA – Domino’s Pizza kini tampil lagi dengan kelainan dalam menu piza dengan memperkenalkan rangkaian La Carbonara yang diinspirasikan daripada hidangan pasta klasik Itali.
Rasa carbonara yang disukai ramai kini hadir dalam bentuk piza yang mudah dikongsi dan dinikmati malah ia tersedia dalam tiga pilihan iaitu Cheesy Beef Carbonara, Chicken Carbonara (Carbonara Ayam) dan 3 Meats Carbonara.
Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata, dengan pengenalan rangkaian yang ditawarkan dalam masa terhad ini, matlamat syarikat adalah untuk membawakan pengalaman yang menggembirakan kepada masyarakat.
“Kami sentiasa mengambil inspirasi daripada keseronokan mencipta sesuatu yang benar-benar menambat hati dan selera pelanggan.
“Rangkaian La Carbonara baharu kami meraikan kejayaan tersebut, membawakan
kelazatan lemak berkrim pasta yang digemari ramai dan mengubahnya menjadi pengalaman piza yang menyelerakan.
“La Carbonara menghidangkan cita rasa yang digemari ramai dalam gabungan menarik di atas kerak hand tossed klasik kami yang tersendiri,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai setiap rangkaian menu, Cheesy Beef Carbonara ditawarkan dengan kombinasi daging kisar dan daging streaky yang dipadankan bersama
tomato ceri segar, bawang, cendawan dan sedikit sentuhan lada hitam.
Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih ringan, Chicken Carbonara menampilkan peperoni ayam bersama cendawan dan tomato ceri manakala untuk peminat daging tegar, 3 Meats Carbonara menggabungkan ayam peperoni, daging kisar dan daging streaky untuk rasa yang benar-benar padu.
Keistimewaan rangkaian ini terletak pada gabungan sos carbonara Itali yang berkrim dan premium, bersama lapisan mozzarella yang melimpah
ruah, di atas kerak piza hand tossed klasik yang dibakar segar dan dilumas sapuan bawang putih.
Kerak piza ini ibarat kanvas terbaik untuk tiga jenis topping yang berbeza. -KOSMO! ONLINE














