fbpx
Poster yang dikongsi di laman Facebook PHM.

Organ manusia tidak boleh sewa beli seperti bateri kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan terutamanya berkaitan organ dalam kerana ia tiada pakej ‘sewa beli’ seperti kenderaan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), kesihatan itu penting kerana sakit adalah sesuatu yang tidak boleh diundur.

“Jantung, buah pinggang, paru-paru tiada pakej sewa beli.

“Rosak sekali, “bayaran bulanan” dia ialah bil hospital, masa hilang dan sakit yang tak boleh diundur,”kata PHM.

Mengulas lanjut, PHM berkata, berbanding dengan bateri kereta yang boleh disewa beli atau tukar baharu, organ dalaman tiada pilihan seperti itu.

“Sebelum kira mampu tak sewa bateri, elok kira dahulu mampu tak kalau kesihatan rosak,”soal PHM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI