fbpx
Chan Kong Keong dan Cho Chik Fhong (baju putih) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban. FOTO/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN Caption : Cho Chik Fhong (baju putih). Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Tiga lelaki merusuh di pusat hiburan didenda RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tiga lelaki didenda masing-masing RM4, 000 oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam rusuhan dan memiliki senjata tajam di sebuah pusat hiburan di Taman AST, minggu lalu.

Tertuduh, Chan Kong Keong, 50, Tai Soon Khong, 42, dan Cho Chik Fhong 20 turut berdepan hukuman empat bulan penjara jika gagal denda berkenaan. Terdahulu, kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Nurul Farha Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas telah berada dalam suatu rusuhan dan memiliki senjata tajam dipercayai pisau dimana tujuan bersama adalah mendatangkan cedera kepada seorang lelaki berusia 41 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di No 224, Lovely KTV, Taman AST Jalan Sungai Ujong pada pukul 5.40 pagi, 23 November lalu. Kesemua didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi manakala tertuduh pertama, Kong Keong diwakili peguam Lim Kim Fook manakala tertuduh kedua iaitu Soon Khong diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Raj Chandra. Sementara tertuduh ketiga diwakili peguamnya, Royston Tan Chun Tat.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam dan dipukul dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini, kira-kira pukul 3 pagi pada 23 November lalu.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan tular dan memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki sebelum dipukul menggunakan kerusi dan kotak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI