fbpx
MARINI mengakui sudah mendapat kepercayaan jurutera Honda untuk membentuk jentera pasukan itu pasca Marquez. - AFP

MotoGP: Marini kikis bayangan Marquez di Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pelumba Honda, Luca Marini mengakui proses mendapatkan kepercayaan penuh jurutera Honda Racing Corporation (HRC) bukan tugas mudah, terutama selepas mengambil alih tempat yang pernah didominasi juara dunia, Marc Marquez.

Pelumba Itali itu menegaskan hanya selepas beberapa ujian dan perlumbaan, barulah Honda benar-benar mula mendengar setiap arahannya.

“Saya rasa sekarang mereka sudah percaya pada saya. Setiap kali saya bercakap, mereka bukan saja mendengar, tapi mereka juga buat apa yang saya minta.

“Ketika saya tiba, mereka masih terbiasa dengan Marc…selalu menang. Situasi berbeza apabila saya datang tanpa cukup gelaran untuk dianggap pelumba nombor satu Honda,” ujarnya sambil mengakui kepercayaan itu hanya terbina selepas beberapa Grand Prix (GP).

Marini menunjukkan peningkatan besar musim ini apabila mengumpul 142 mata berbanding hanya 14 mata pada musim debut, sekali gus mencerminkan kemajuan jentera RCV yang dinilai 57 peratus lebih hampir kepada kelompok hadapan berbanding tahun sebelumnya.

Meskipun tidak mampu menyertai rakan sepasukan, Joan Mir dan Johann Zarco, di podium, kecederaan di Suzuka yang memaksa­nya terlepas tiga pusingan menafikan peluang untuk muncul pelumba Honda terbaik musim ini.

Jelasnya, jadual padat musim ini memberi tekanan besar kepada kru dan seorang pelumba perlu memainkan peranan untuk memastikan semua pihak kekal fokus.

Beberapa pelumba pilihan turut terkandas pada perlumbaan pertama musim sebelum ini, namun peningkatan ketara Honda kali ini jelas menunjukkan hala tuju baharu HRC mula membuahkan hasil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI