KOTA KINABALU – Pengundi termasuk calon dan petugas yang memasuki Pusat Mengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah hari ini dilarang memakai pakaian mempunyai sebarang gambar atau simbol politik.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, larangan itu termasuk baju, topi, pelitup separuh muka atau facemask atau material lain yang dibawa ke Pusat Mengundi.
“Semua pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki Pusat Mengundi pada Hari Mengundi dilarang memakai baju, topi, pelitup separuh muka (facemask) atau membawa material yang mempunyai nama, lambang, simbol, gambar parti atau calon yang bertanding atau apa-apa bahan kempen.
“Larangan turut merangkumi sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.
“Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggari peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan pengundi dilarang dari memasuki Pusat Mengundi oleh petugas pilihan raya.
“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam. Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, katanya pengundi juga dilarang menggunakan telefon bimbit di tempat mengundi atau saluran di semua Pusat Mengundi.- KOSMO! ONLINE
Pakaian imej politik dilarang, ditegah guna telefon ketika mengundi – SPR
- Oleh IVAN AMIRUL
- 29 November 2025, 8:13 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Koperal polis terima rasuah lindungi suspek dadah didenda RM4,000
28 Januari 2026, 1:50 pm

Pemandu e-hailing cedera bergaduh dengan penumpang China
28 Januari 2026, 1:46 pm

‘ATM bukan kolam rasuah, sebuah angkatan persenjataan yang berdaulat’
28 Januari 2026, 1:38 pm

Guni merah jambu ada tulisan Thai tengah laut rupanya….
28 Januari 2026, 1:33 pm

ETS operasi 24 jam secara bermusim bermula Tahun Baharu Cina
28 Januari 2026, 1:31 pm

Pindah ternakan tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM16,000
28 Januari 2026, 1:29 pm

2 balaci along didakwa baling molokov cocktail
28 Januari 2026, 1:26 pm

Daging babi Belgium RM873,000 tidak patuh syarat disita
28 Januari 2026, 1:22 pm






