fbpx
Namewee.

Mayat pempengaruh Taiwan sudah dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mayat pempengaruh Taiwan yang ditemukan di sebuah hotel di Jalan Conlay di sini hujung bulan lalu sudah dituntut keluarganya pada 17 November lepas.

Gadis itu dilaporkan tidak sedarkan diri dalam bilik air hotel ketika menjalani penggambaran bersama pengarah kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu laporan patologi daripada pihak hospital.

“Kita masih belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara. Ada beberapa tindakan lagi yang perlu kita dapatkan termasuk laporan patologi.

“Kita telah beri lanjutan jamin selama 14 hari kepada Namewee,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Disiplin Terjaga Generasi Terbina 2025, di sini hari ini.

Semalam, jaminan terhadap Namawee disambung selama 14 hari sehingga 10 Disember ini.

Sebelum ini Fadil memaklumkan kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun siasatan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, pengurus pempengaruh tersebut mendakwa Namewee menyembunyikan kebenaran berhubung kematian wanita itu. Ia ekoran berlakunya pencanggahan ketara antara kenyataan awam Namewee dan laporan rasmi polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI