fbpx
Keadaan banjir di Hatyai, Thailand. Foto AFP

Dewan Rakyat: 500 rakyat Malaysia masih terkandas di Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 rakyat Malaysia masih terkandas di Hatyai, Thailand sehingga semalam berikutan bencana banjir di kawasan tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berdasarkan rekod, hampir 27,199 rakyat malaysia telah pulang dari Thailand sejak 22 hingga 25 November lalu.

“Laporan saya terima, seramai 177 lagi rakyat Malaysia telah pun diselamatkan pagi ini.

“Jabatan Imigresen merekodkan 2,204 rakyat Malaysia menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Selatan Thailand akibat banjir.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ketika ini terdapat sekumpulan pensyarah dan pelajar Malaysia masih terperangkap di sebuah hotel di bandar lama Hatyai.

Menurut beliau, kawasan tersebut berhampiran sungai dan arus yang amat deras menyebabkan tiada kenderaan boleh memasuki kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan hujan di kawasan itu telah berhenti semalam dan pasukan penyelamat telah pergi untuk menyelamatkan mereka pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN