fbpx
GAMBAR HIASAN

Amaran banjir Perak, Pahang mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Perak dan Pahang dijangka dilanda banjir mulai hari ini susulan hujan berterusan dan peningkatan paras air sungai.

Keadaan itu dijangka berlarutan hingga Sabtu ini, namun berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan (waspada) di dua negeri tersebut oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) awal pagi tadi.

“Antara kawasan terlibat di Perak di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah melibatkan kawasan sekitar Lembangan Sungai Perak.

“Selain itu, amaran sama dijangka berlaku di Pahang membabitkan Kuantan iaitu Sungai Lepar, Sungai Kuantan dan Sungai Kenau. Turut dijangka terjejas ialah Cameron Highlands melibatkan Sungai Bertam dan Sungai Ikan selain Sungai Pahang di Pekan,” katanya.

PRABN berkata, amaran ini bertujuan untuk memberi makluman awal kepada penduduk untuk bersiap sedia, berpindah lebih awal, serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan diarahkan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat semasa di laman rasmi infobanjir melalui pautan publicinfobanjir.water.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN