fbpx
NOH bersama isteri dan anak sulung mereka yang diberi nama Tara Svara.

‘Tidak lambat, tidak terlalu cepat, sempurna’ – Noh timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas lima hari, penyanyi Noh Salleh berkongsi kegembiraan apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 November lalu.

Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 40, bersyukur dengan kehadiran cahaya mata perempuan itu selepas menempuh perjalanan yang panjang.

“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian dahsyat untuk menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Esa yang menentukan masa sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita.

“Tidak lambat, tidak terlalu cepat, sempurna.

“Pada tanggal 21 November isteri saya melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik,” tulisnya dalam hantaran di media sosial yang disertakan foto di wad hospital.

Menurut vokalis kumpulan Hujan itu lagi, proses kelahiran puteri mereka berjalan lancar dan disambut dengan sokongan keluarga serta sahabat terdekat.

“Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan, ciuman dan sorakan,” ujarnya.

Bayi perempuan mereka itu diberi nama Tara Svara, sekali gus menandakan permulaan perjalanan baru mereka ini sebagai ibu bapa.

“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan pengembaraan sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah.

“Doakan Aku, Athira dan Tara Svara,” katanya.

Noh dan Athira melangsungkan perkahwinan pada 23 September 2023 selepas bertunang selama empat bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN