fbpx
Gambar hiasan

Proses UPUOnline sepenuhnya berasaskan merit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menegaskan proses kemasukan ke universiti awam melalui sistem pusat UPUOnline adalah sepenuhnya berasaskan merit dan tidak memihak kepada mana-mana aliran seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) matrikulasi atau asasi,

Beliau berkata, dasar pengambilan pelajar itu menggunakan formula merit dengan 90 peratus berpandukan pencapaian akademik dan 10 peratus berdasarkan aktiviti kokurikulum.

“Prinsip merit ini dilaksanakan secara adil, telus dan sistematik sepanjang keseluruhan proses kemasukan iaitu bermula daripada permohonan, pemprosesan, pemilihan, sehinggalah pengumuman tawaran dan rayuan.

“Semua calon yang layak dan memperoleh skor merit tertinggi, tanpa mengira kaum, agama, negeri, latar sosioekonomi atau lokasi, diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam (IPTA) dan institusi di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai sama ada sistem UPU sedia ada akan dikaji semula bagi memastikan ketelusan termasuk mengurangkan rungutan pelajar.

Mustapa berkata, antara langkah mengurangkan rungutan pelajar cemerlang yang gagal mendapat kursus pilihan mereka adalah dengan menasihatkan calon agar membaca syarat am dan syarat khas program pengajian yang ditetapkan oleh Universiti Awam dalam e-Panduan sebelum mengemukakan permohonan.

“Bagi tujuan pemilihan program, pemohon dibantu untuk memilih kesesuaian program dengan berpandukan kepada maklumat yang dipaparkan di UPUOnline.

“Ini penting, saya harap supaya kita dapat memberi, mendidik semua pemohon-pemohon UPUOnline ini untuk mengurangkan rungutan-rungutan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN