fbpx
Anggota APM Kemaman sedang menjinakkan seekor ular sawa batik seberat 200 kg yang berjaya ditangkap di pejabat APM Kemaman hari ini.

Ular sawa 200kg telan kambing ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang penternak kambing terkejut terserempak dengan seekor ular sawa batik seberat kira-kira lebih 200 kilogram (kg) di kandang haiwan peliharaannya di Kampung Padang Lalang, Binjai di sini semalam.

Haiwan reptilia sepanjang lapan meter tersebut dijumpai pada pukul 10.30 pagi selepas dipercayai menelan seekor kambing ternakan lelaki tersebut.

Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kemaman, Nassrudin Zulkifley berkata, seramai empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan penternak terbabit.

“Sebaik tiba, ular sawa batik tersebut dilihat sedang berlingkar kekenyangan di dalam kandang kambing terlibat.

“Anggota APM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap haiwan reptilia berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Nassrudin berkata, ular sawa itu dipercayai telah menelan seekor kambing seberat kira-kira 20 kilogram.

Beliau berkata, haiwan reptilia berkenaan kemudiannya dibawa pulang ke Pejabat APM Daerah Kemaman di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI