fbpx
Antara mangsa banjir yang diselamatkan anggota keselamatan di kawasan terjejas hari ini.

Manjung paling teruk terjejas, 1,640 mangsa dipindahkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Daerah Manjung merekodkan bilangan mangsa paling ramai di negeri ini apabila 925 orang terjejas ekoran banjir setakat pukul 4 petang tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa daripada 281 buah keluarga ditempatkan di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut.

“Secara keseluruhannya terdapat 1,640 mangsa daripada 516 keluarga terjejas. Sebanyak 20 buah PPS dibuka bagi menempatkan mereka.

“Daerah kedua terjejas adalah Perak Tengah yang merekodkan 603 mangsa daripada 204 keluarga. Mereka berlindung di enam PPS,” katanya di sini hari ini.

Hilir Perak pula merekodkan seramai 74 mangsa daripada 20 keluarga dengan kesemua mereka ditempatkan di sebuah PPS. Sementara itu, Larut, Matang dan Selama menempatkan 38 mangsa daripada 11 keluarga di sebuah PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI