fbpx
Paul Pogba

Paul Pogba akhiri penantian dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RENNES – Pemain tengah kontroversi, Paul Pogba menamatkan penantian lebih dua tahun untuk beraksi secara kompetitif buat kali pertama sejak September 2023 selepas diturunkan AS Monaco ketika pasukan tewas 1-4 kepada Rennes, awal pagi tadi.

Sebagai rekod, bekas pemain Manchester United berusia 32 tahun itu telah dikenakan hukuman penggantungan susulan isu doping pada 2023 selama empat tahun sebelum hukuman tersebut dikurangkan ke 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pogba yang kali terakhir mewakili kelab Juventus mengakui sukar untuk mengawal emosi kerana apa yang berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum ini sangat sukar untuk diterima.

Namun, pemain antarabangsa Perancis ini gembira dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong AS Monaco dan harap dapat tampil lebih baik selepas hanya dimasukkan sebagai pemain gantian kali ini.

“Banyak emosi yang bermain di fikiran saya. Secara peribadi, saya gembira dapat kembali beraksi secara kompetitif tetapi dalam masa sama, saya juga kecewa dengan kekalahan besar yang dialami pasukan.

“Namun, masih ada sinar buat karier saya apabila melihat penyokong bangun dan menyambut kehadiran saya dengan baik. 

“Apa yang penting saya dapat kembali bermain bola sepak dan sekarang adalah masa untuk saya dapatkan semula kecergasan penuh,” kata Pogba yang turut berazam untuk diserapkan dalam skuad Les Bleus ke pentas Piala Dunia 2026. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN