LENS melakar kejutan menafikan hasrat PSG untuk meraih trofi kedua dalam tempoh lima hari apabila muncul pemenang Trofi Kejuaraan Perancis. - AFP

Lens rosakkan impian besar PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LENS – Lens menafikan hasrat Paris Saint-Germain (PSG) untuk meraih trofi kedua dalam tempoh lima hari selepas menewaskan juara Perancis itu 1-0 pada aksi Trofi Kejuaraan Perancis, awal pagi semalam.

Florian Thauvin muncul wira Lens apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-32 untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan kendalian Dino Toppmoller dalam aksi pertamanya sebagai ketua jurulatih.

Pengendali PSG, Luis Enrique mengakui pasukannya berhak mendapat keputusan lebih baik, namun tetap mengakui Lens tampil lebih berkesan sepanjang perlawanan.

“Saya fikir kami layak mendapat lebih. Tetapi, saya perlu mengucapkan tahniah kepada Lens kerana mereka menang dan bermain dengan sangat baik, selain menampilkan intensiti seperti biasa.

“Kami bermain dengan sangat baik, tetapi kami tidak memperoleh tuah untuk mencipta kemenangan pada hari ini,” katanya.

PSG menguasai sebahagian besar permainan pada awal aksi, namun gagal mencipta peluang sebelum Lens menghukum kelemahan mereka menerusi jaringan Thauvin selepas pertahanan PSG gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.

Kekalahan itu menyaksikan PSG gagal melengkapkan misi meraih dua trofi dalam tempoh lima hari, manakala Lens membuka musim baharu dengan kejayaan menewaskan juara Ligue 1 berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN