fbpx
NAT akan pastikan ada masa untuk diri sendiri elak burn out.

Natalie tonjol tarian Sarawak hingga ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GADIS Pesona Ahad minggu ini merupakan anak kelahiran etnik Bidayuh yang begitu menyan­jungi tarian tradisional Sarawak.

Natalie Anne Anak Patrus Diccane, 22, turut melahirkan rasa bangga apabila dapat menonjolkan tarian tradisional negeri kelahirannya di Xi’an, China pada September lalu.

Bagi dirinya, menjadi anak Bidayuh bukan sekadar soal asal-usul, sebaliknya ia membentuk cara dia melihat dunia serta ­lebih menghargai budaya, komuniti dan sejarah di sekelilingnya.

Kepada Kosmo! Ahad, Natalie atau lebih mesra dipanggil Nat bercerita tentang keistimewaan etnik Bidayuh dan cara dirinya mengawal tekanan.

Kosmo! Ahad: Ceritakan tentang diri Nat?
Nat: Anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Ku­ching, Sarawak dan berketurunan Bidayuh dari daerah Bau. Saya kini penuntut Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Global di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Cara mengisi masa lapang?
Membaca novel, layari media sosial dan keluar bersama rakan-rakan mencuba menu di kafe-kafe baru.
Bagi mengatasi tekanan, saya belajar untuk menetapkan batasan, terutama dalam pelajaran. Tugasan penting sentiasa saya utamakan dan tarikh-tarikh penting saya catat dalam kalender supaya tidak terlepas. Saya pastikan ada masa untuk diri sendiri supaya tidak mudah ‘burn out’.

NAT pastikan diri cukup tidur untuk kelihatan cantik.

Rutin self-care diamalkan?
Rutin saya sangat ringkas termasuk pencuci muka, toner, dan sunscreen. Saya juga buat ‘double cleansing’ dan ‘rice mask’ setiap hari. ‘Make up’ jadi rutin kalau saya keluar atau ada majlis. Tidur yang cukup juga pen­ting untuk kesihatan dan elakkan bawah mata gelap.

Bagaimana identiti budaya bentuk cara Nat lihat dunia?
Identiti sebagai Bidayuh buat saya lebih hargai komuniti dan tradisi kami seperti keindahan budaya, pakaian, bahasa dan masakan tradisional. Saya bangga dapat menunjukkan keunikan kaum Bidayuh kepada orang ramai. Saya juga menyertai kelab luar yang mempromosikan budaya Sarawak.
Saya lebih menumpukan pada tarian tradisional dan kreatif yang melambangkan budaya dan seni Sarawak. Sebelum ini saya pernah membuat persembahan etnik-etnik Sarawak di Xi’an, China. Itu antara pengalaman paling bermakna bagi saya.

Hobi bantu Nat kekal tenang?
Saya rasa tenang bila buat ‘manicure’ sendiri. Mengemas bilik juga bantu saya kurangkan stres.

Perancangan hidup?
Kerjaya stabil, kehidupan seimbang dan terus buat perkara yang saya suka seperti menari. Untuk teman istimewa, saya suka seorang yang jujur, bertimbang rasa dan mempunyai ‘emotional intelligence’. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI