fbpx
FAM perlu membersihkan nama dan menyelesaikan isu dakwaan FIFA mengenai pemalsuan dokumen.

KBS buat keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPUTUSAN kerajaan Malaysia menyekat sebarang tambahan dana kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah langkah yang tepat selepas badan induk itu terpalit isu integriti sehingga dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli menegaskan peruntukan kerajaan di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk FAM dan skuad Harimau Malaya perlu diawasi dengan rapi bagi mengelak sebarang salah guna.

“Ini adalah langkah yang wajar kerana sebarang peruntukan tambahan perlu ditangguhkan sehingga punca kemelut melibatkan FAM serta FIFA dikenal pasti. Inilah amalan standard bagi mana-mana kementerian jika ada kesalahan tatakelola.

“Namun, apa yang sudah janjikan masih perlu diberi kerana ia bukan istilah ‘dimanjakan’ tetapi industri bola sepak tempatan tidak seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang tidak perlukan dana kerajaan.

“Pulangan bola sepak sangat besar, tetapi dalam masa yang sama, FAM perlu pulihkan semula reputasi mereka terlebih dahulu selepas memalukan nama negara di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Kosmo!.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sesi penggulungan di Parlimen kelmarin mengesahkan tiada tambahan dana bakal diberikan kepada FAM sehingga segala kemelut babitkan isu pemalsuan dokumen pemain warisan diselesaikan.

Sebelum ini, kerajaan telah memberikan peruntukan RM30 juta untuk skuad Harimau Malaya digunakan bagi membayar gaji dan elaun pasukan terdiri daripada barisan kejurulatihan, pemain dan staf sokongan pasukan kebangsaan dalam misi layak ke Piala Asia 2027.

Sebagai rekod, FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) oleh FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib badan induk itu susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Rayuan yang dilakukan oleh FAM pada bulan lalu telah ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA dan badan dengan mengeluarkan laporan 63 muka surat berkaitan alasan penuh telah dikeluarkan awal minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN