fbpx
HAALAND (kanan) kembali berada di puncak prestasi ketika ini apabila berjaya menemui sentuhan jaringan bersama City dan Norway. - AFP

EPL: Rooney perlekeh kualiti Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Legenda England, Wayne Rooney langsung tidak tidak tertarik untuk menyaksikan aksi penyerang Manchester City, Erling Haaland dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang akan bersambung.

Walaupun sudah memainkan peranan besar bersama The Citizen dan skuad kebangsaan Norway, ia seperti tidak cukup untuk mendapat perhatian Rooney yang lebih teruja untuk melihat kualiti Antoine Semenyo, Bryan Mbeumo dan Viktor Gyokeres.

“Saya fikir dia (Semenyo) harungi detik hebat bersama Bournemouth apabila mampu meneruskan prestasi baiknya seperti dipamerkan musim lalu. Saya juga fikir Bryan Mbeumo juga akan berada dalam senarai.

“Mbeumo cukup bagus buat Manchester United walaupun kelab itu harungi permulaan yang sukar.Ketiganya, saya fikir pemain itu adalah Viktor Gyokeres,” katanya.

Untuk rekod, Semenyo sudah pun menjaringkan enam gol dan tiga bantuan jaringan dalam 11 perlawanan bersama Bournemouth manakala Gyokeres sudah pun menamatkan pencarian Arsenal untuk mendapatkan pemain nombor sembilan.

Bagaimanapun, peminat di media sosial tidak senada dengan Rooney terutamanya selepas mengambil kira impak yang dimainkan Haaland meledak 14 gol buat Man City dan memacu Norway layak ke Piala Dunia.

Selain itu, peminat juga mendakwa Rooney turut terlepas pandang beberapa pemain lain seperti Moises Caicedo, Declan Rice dan Granit Xhaka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI