fbpx
ADNAN (dua dari kanan) pada program Reformasi Pentadbiran Awam dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir Negeri Perak 2025 di Dewan Utama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Bandar Meru Raya, Ipoh hari ini.

Cuepacs alu-alukan penjawat awam carum secara sukarela KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan warga kerajaan tidak berpencen supaya mencarum secara sukarela dengan KWSP sebagai jaminan kewangan yang stabil sebaik sahaja bersara kelak.

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Dr. Adnan Mat, pihaknya melihat ‘zon selesa’ sesetengah penjawat awam dengan gaji dan status pekerjaan yang terjamin menyebabkan mereka leka untuk menyimpan apabila tua.

“Penjawat awam ini, bahasa yang paling mudah ialah selamat iaitu setiap bulan ada gaji, maka mereka semakin leka dalam bentuk simpanan (untuk masa depan).

“Saya alukan mereka ada simpanan sukarela (KWSP) dan insurans Perkeso yang memerlukan ada perubahan akta,” kepada pemberita pada sidang media di Dewan Utama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Katanya lagi, penjawat awam perlu mempunyai tabungan yang mencukupi sebaik tamat berkhidmat.

“Kita ingin penjawat awam ada tabungan dan skim insurans Perkeso yang boleh melindungi, tidak terhad kepada mereka yang berstatus kontrak tetapi tetap.

“Bentuk sukarela ini perlu diperluaskan kerana faedah kebajikan kembali kepada pencarum tersebut. Tidak ada kerugian,” katanya.

Berhubung cadangan supaya pengeluaran simpanan KWSP dinaikkan kepada 65 tahun termasuk mekanisme pengeluaran bulanan seperti bayaran pencen, Adnan memaklumkan ia masih lagi dalam peringkat kajian pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI