fbpx
FREEMAN (tengah) meledak dua gol dalam kemenangan besar 5-1 ke atas Uruguay hari ini. - AFP

Bielsa malu Uruguay dibelasah teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FLORIDA – Pengendali Uruguay, Marcelo Bielsa bengang dengan persembahan hambar anak-anak buahnya yang menjadi punca utama dibelasah Amerika Syarikat (AS) 1-5 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Raymond James, Tampa hari ini.

Kad merah dialami pemain tengah Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur pada minit ke-64 juga salah satu faktor lain kegagalan Uruguay untuk bangkit sekali gus mencatat kekalahan terbesar sejak dimalukan Brazil 1-4 pada 2021.

Bentancur terus dilayangkan kad merah kerana terjahan kerasnya seolah-olah sengaja mencederakan kaki pemain tengah AS, Sebastien Berhalter yang membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-17.

AS yang dikendalikan oleh Mauricio Pochettino ternyata terlalu cemerlang dalam babak pertama apabila berjaya menambah tiga lagi gol menerusi dua jaringan Alex Freeman (m-20, m-31) dan Diego Luna pada minit ke-42.

Uruguay berjaya memecah kebuntuan di penghujung separuh masa pertama menerusi jaringan Giorgian de Arrascaeta, namun kad merah Bentancur memudahkan tugas AS untuk meledak gol kelima melalui Tanner Tessmann pada minit ke-68.

“Saya tidak boleh menerima kekalahan ini, lebih-lebih lagi apabila kami kehilangan pemain terbaik (Bentancur) menentang pasukan kedua AS. Ia tidak masuk akal,” kata Bielsa yang ternyata kecewa dengan prestasi barisan pemainnya.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua berturut-turut Uruguay gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi persahabatan bulan ini selepas terdahulu seri tanpa jaringan dengan Mexico.

Bagi AS, ia membuktikan tuan rumah Piala Dunia 2026 itu berada pada landasan tepat apabila kini merekodkan empat kemenangan berturut-turut selain masih belum tewas dalam lima aksi terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN