fbpx
PEMANDU Honda Jazz yang berusia 17 tahun berkerusi roda ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban hari inu. FOTO NOR SHAFAWATI YUP

Keputusan representasi pemandu Honda Jazz sebabkan tiga maut ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh pemandu Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut di Senawang pada Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya P.Rubini ketika prosiding keputusan status representasi di hadapan Majistret Saiful Sayoti di sini hari ini.

Pada prosiding di Mahkamah Majistret, peguam Nor Amirah Ibrahimi Husaimi yang mewakili pesalah kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun itu memohon tarikh sebutan baharu untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula.

Terdahulu, pemandu Honda Jazz itu dilihat hadir ke mahkamah menaiki kerusi roda bersama ibunya dan ahli keluarga yang lain.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemandu Honda Jazz telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17 lebih kurang pukul 8.30 malam di lampu isyarat Jalan Persiaran Senawang 1, Taman Matahari Heights di sini pada 6 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, remaja lelaki itu didakwa tidak memiliki lesen memandu di lokasi dan masa yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN