fbpx
Anggota polis membawa Muhammad Zufahri (dua dari kiri) dan Mohd. Shahrul untuk didakwa atas pertuduhan melakukan samun sehingga menyebabkan seorang wanita cedera di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Bapa, anak tiri didakwa samun warga emas lepas beli ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Bapa tiri dan anak tiri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun sehingga menyebabkan seorang wanita warga emas cedera di depan sebuah premis di Nilam Puri dekat sini kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Zufahri Ibrahim, 18,  dan bapa tirinya, Mohd. Shahrul Azuri Abdullah, 37, yang masing-masing bekerja sebagai buruh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa secara bersama-sama melakukan samun terhadap Habsah Mat Soud, 69, sehingga dengan sengaja menyebabkan mangsa cedera di depan sebuah premis di Nilam Puri di sini kira-kira pukul 8.15 pagi pada 1 November lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan selain menetapkan 10 Disember untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN