fbpx
Saifuddin Nasution memuat naik ucapan takziah buat keluarga Allahyarham ACP Mohd. Nazri

Saifuddin Nasution ucap takziah kepada keluarga Allahyarham ACP Mohd. Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Nazri Ibrahim.

Menurut beliau, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.

“Semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Pemergian Alahyarham adalah kehilangan besar kepada seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia dan seluruh warga keselamatan tanah air,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Saifuddin Nasution berkata, beliau mendoakan semoga roh Allahyarham ACP Mohd. Nazri diberi keampunan, rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Saya turut mendoakan agar Allah S.W.T juga menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangan beliau kepada negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI