fbpx
TAKAICHI berjabat tangan dengan Presiden China, Xi Jinping di Gyeonju, Korea Selatan pada 31 Oktober lalu. – AFP

China minta rakyat tidak berkunjung ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China menasihati rakyatnya supaya  tidak berkunjung ke Jepun  berikutan pertikaian diplomatik susulan komen perdana menteri baharu, Sanae Takaichi  mengenai dasar Tokyo untuk melindungi Taiwan.

Takaichi memberitahu Parlimen pada 7 November lalu bahawa penggunaan kekerasan terhadap pulau pentadbiran sendiri yang dituntut China itu mungkin mencetuskan  tindak balas ketenteraan daripada Tokyo.

Semalam Beijing berkata, pihaknya memanggil duta Jepun, manakala Tokyo juga  memanggil duta China selepas satu catatan dalam talian yang ‘tidak sesuai’  dan  telah dipadamkan.

Tokyo sejak itu berkata, pendiriannya mengenai Taiwan yang terletak hanya 100 kilometer dari pulau terdekat di  Jepun, adalah kekal dan tidak berubah.

Dalam catatan secara  dalam talian lewat semalam, kedutaan China di Jepun pula memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak melancong ke negara itu.

“Baru-baru ini, pemimpin Jepun membuat kenyataan provokasi terang-terangan mengenai Taiwant,” kata catatan WeChat itu.

“Situasi ini menimbulkan risiko ketara kepada keselamatan peribadi dan nyawa warga China di Jepun.

“Kementerian luar serta kedutaan dan konsulat China di Jepun sesungguhnya mengingatkan warga China untuk mengelak daripada melancong ke Jepun dalam masa terdekat,” tambahnya.

Beijing menegaskan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk merampas pulau tersebut.

China dan Jepun adalah rakan dagang utama, tetapi rasa tidak percaya dan sejarah pergeseran mengenai persaingan wilayah dan perbelanjaan ketenteraan sering menguji hubungan tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN