fbpx
Pelatih OKU autisme menunjukkan barangan yang dihasilkan ketika menyertai kursus percetakan di IKTBN Bachok baru-baru ini.

Enam belia autistik ‘tangan emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Kecekalan enam belia orang kurang upaya (OKU) kategori autisme melatih diri berdikari melalui Kursus Autis Kreatif membuahkan hasil apabila berjaya menguasai kemahiran pembuatan cenderahati walaupun baru dua bulan menyertainya.

Mereka ialah Ahmad Aiman Kaisan Perwira, 24, Muhammad Harith Hishamuddin, 26, Zul Hakim Faizul, 21, Ainur Najihah Adnan, 20, Abdul Muiz Muhammad, 20, dan Amirullah Mohd. Zain, 21.

Kursus anjuran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok yang pertama kali dilaksanakan pada September lalu itu akan diteruskan pada Februari depan dengan maksimum lima pelatih bagi setiap sesi.

Pengarahnya, Mohd. Soufi Mohd. Ibrahim berkata, peserta dipilih dalam kalangan OKU autisme ringan yang mampu berdikari dan boleh menerima arahan mudah. Kursus enam bulan itu memfokuskan kemahiran asas percetakan seperti menghasilkan cenderahati, baju, topi dan mug, selain membina sahsiah diri peserta.

“Peserta turut diajar menggunakan komputer dan perisian reka bentuk seperti Canva. Pada masa akan datang, peserta akan didedahkan dengan pembuatan produk lain yang mempunyai nilai pasaran.

“Sesi pembelajaran diadakan tiga hari seminggu iaitu Isnin hingga Rabu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, dibimbing dua tenaga pengajar dan dua guru agama yang turut memberi bimbingan kerohanian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, setiap pagi pelatih akan memulakan ­aktiviti dengan solat duha dan tazkirah ringkas sebelum meneruskan sesi pembelajaran. Pihaknya mengutamakan peserta di Bachok dan kawasan berdekatan bagi membolehkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak mereka setiap hari.

“Kos pembelajaran setakat ini ditanggung sepenuhnya oleh IKTBN Bachok dan peserta bakal diraikan dalam majlis konvoke­syen di Putrajaya bersama pelatih lain selepas tamat kursus,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sedang bekerjasama dengan Yayasan Kelantan Darulnaim dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi mendapatkan bantuan serta sumbangan kepada pelatih yang layak.

“Kerajaan juga menggalakkan lebih banyak agensi dan syarikat beri peluang kerja kepada OKU yang mempunyai kemahiran asas, malah mereka juga boleh menghasilkan cenderamata di rumah dan menjualnya sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu, ibu Abdul Muiz, Noorosenainani Majid, 57, berkata, sebelum ini anaknya bekerja di Pusat Transformasi OKU, Hospital Universiti Sains Malaysia dan kursus yang ditawarkan menambah kemahiran pemuda itu untuk menambahkan pendapatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN