fbpx
Allahyarham Cikgu E.

Cikgu E meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Cikgu E disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.35 petang tadi.

Berita tersebut disahkan menerusi hantaran di Facebook Allahyarham sebentar tadi.

“Nassry Mardee Ismail dah meninggalkan kita semua. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulis hantaran tersebut.

Dalam hantaran berbeza, anaknya memaklumkan Allahyarham bapanya akan dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Meru pada pukul 7.30 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.

Sebelum ini kisah Cikgu E tular di media sosial apabila dirinya bertarung nyawa melawan penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Kisah Allahyarham menjadi inspirasi orang ramai apabila sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyerah walaupun hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan yang masih berfungsi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN