fbpx
MORBIDELLI melaungkan amaran untuk mencari penamat lebih baik musim ini selepas muncul sebagai naib juara sebelum ini. – AFP

Morbidelli tidak sabar sertai Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Naib juara Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Franco Morbidelli dilihat tidak sabar untuk bergandingan dengan mentornya, Valentino Rossi bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) musim ini.

Pelumba dari Akademi VR46 iaitu milik Rossi sendiri, Morbidelli telah membuktikan dirinya mempunyai pakej terbaik bersama Petronas SRT selepas meraih tiga gelaran grand prix sekali gus muncul selaku pelumba kedua terbaik di belakang juara dunia 2020 dari Suzuki, Joan Mir

Tahun ketiganya bersama pasukan satelit Yamaha tersebut, Morbidelli turun dengan suasana berbeza dan masih menggunakan jentera spesifikasi A berbanding jentera Rossi yang mendapat sokongan penuh dari kilang Yamaha.

“Ini akan menjadi tahun ketiga saya bersama Petronas SRT. Banyak perkara yang saya suka me­ngenai pasukan ini. Warna jentera 2021 YZR-M1 serupa dengan dua tahun terakhir tetapi saya menyukainya.

“Apa yang berbeza pada tahun ini adalah rakan sepasukan saya. Saya menjangkakan dan berharap ia akan menjadi musim hebat bersama Rossi.

“Kami mempunyai hubungan yang rapat dan belajar banyak perkara antara satu sama lain. Sasaran peribadi saya untuk tahun 2021 adalah untuk menjadi lebih baik berbanding musim sebelum ini,” kata ketika sesi pelancaran pasukan secara maya semalam.

Pasukan Petronas SRT me­netapkan misi untuk mengembalikan prestasi Rossi pada tahap terbaik sekali gus memastikan jaguh Itali itu mampu memburu kemenangan selepas kali ter­akhir merangkulnya pada tahun 2017 di Belanda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN