fbpx
Gambar yang dikongsikan LLM di Facebook.

Trafik sesak teruk Lembah Beringin ke Bukit tagar, semua lorong terhalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan teruk petang ini susulan satu kemalangan yang berlaku berhampiran Persimpangan Bukit Tagar arah selatan.

Menurut laporan dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 3.54 petang, kemalangan itu menyebabkan semua lorong terhalang, sekali gus mengakibatkan trafik langsung tidak bergerak dari Lembah Beringin menuju Bukit Tagar.

LLM turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif berikutan penutupan penuh laluan tersebut.

“Segala kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Menerusi gambar dikongsikan LLM, terdapat sebuah lori dengan muatan penuh terbabas jatuh bukit di laluan terbabit selain kesemua lorong lebuh raya terhalang dengan barangan yang terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI