fbpx
KEADAAN jambatan dan tandas serta surau yang terbiar sehingga menjejaskan keindahan kawasan air terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh.

Jeram Pasu lokasi tercantik di Kelantan kini ‘sendu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Keindahan air terjun Jeram Pasu yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai lokasi popular di Kelantan kini semakin sepi apabila kawasan tersebut terbiar tanpa penyelenggaraan rapi sejak beberapa tahun lalu.

Seorang pengunjung, Azimah Zakaria, 30, berkata, jambatan merentasi anak sungai di kawasan itu rosak teruk sehingga membahayakan keselamatan pengguna.

Menurutnya, keadaan surau pula kotor dan dipenuhi najis kelawar, sekali gus sudah tidak sesuai untuk dijadikan tempat solat.

“Tandas awam sumbangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga terbiar selain tiada bekalan air yang disediakan.

“Persekitaran wakaf atau pondok rehat, surau dan tandas yang dipenuhi semak samun jelas merencatkan imej Jeram Pasu yang pernah digelar lokasi pelancongan tercantik di Kelantan,” kata­nya ketika ditemui di Jeram Pasu di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan ­Kos­mo! mendapati, kawasan rekreasi tersebut semakin kurang dikunjungi orang ramai.

Seorang pengunjung, Khairudin Abdullah, 32, berkata, apa yang membimbangkan apabila kawasan tersebut turut dipenuhi binatang liar seperti kera dan ­anjing.

“Kera sering mencuri makanan dan barangan pengunjung, manakala anjing liar pula berkeliaran di sekitar kawasan wakaf sehingga membahayakan keselamatan­.

“Keadaan itu menyebabkan pengunjung bimbang untuk datang ke Jeram Pasu,” katanya.

Khairudin  berkata, Jeram Pasu terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Pasir Puteh dan pernah dibangunkan semula pada September 2020 selepas beberapa tahun ditutup untuk kerja-kerja naik taraf.

Menurutnya, bagaimanapun, keadaan semasa kawasan itu tidak mencerminkan tahap sebenar pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap aset pelancongan yang sepatutnya menjadi kebanggaan negeri.

“Orang ramai berharap pihak PBT dan agensi berkaitan segera mengambil tindakan bagi memulihkan semula imej Jeram Pasu sebelum ia terus menjadi ‘tapak tinggalan’ yang hilang daya tarikannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN