fbpx
Tangkap layar memaparkan rakaman televisyen litar tertutup, tiga remaja mencuri subang di sebuah pusat beli-belah.

‘Sudahlah mencuri, tak perasan CCTV atas kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan seorang remaja lelaki dipercayai mencuri aksesori subang di sebuah pusat beli-belah dikecam orang ramai selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu sehingga tular di media sosial.

Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan tiga remaja lelaki berpura-pura meneliti aksesori tersebut sebelum dilihat memasukkannya ke dalam plastik.

Video berdurasi 46 saat itu turut menunjukkan pasangan kekasih dipercayai rakan remaja lelaki terbabit seperti cuba mengalih perhatian pemilik kedai. Remaja lelaki itu bagaimanapun hanya menyedari terdapat CCTV ketika meninggalkan premis terbabit.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

“Duit untuk mewarnakan rambut ada pula. Nak beli subang, tak ada duit, sehingga sanggup mencuri,” kata @Shinji_hage

“Kalau tak mampu jangan sampai mencuri. Rambut dah berkarat (berwarna), berjalan-jalan di pusat beli-belah macam banyak duit, tiba-tiba mencuri pula,” kata Alya.

“Kalau nak mencuri barang keperluan, boleh dimaafkan lagi, tapi lebih baik jangan mencuri. Ini sudahlah curi subang, tak perasan ada CCTV pula,” komen @Oyenakhlaken –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI