fbpx
KIM WAI (kiri) memerhatikan sesi latihan pemain-pemain badminton negara di ABM Bukit Kiara semalam. - SYAKIR RADIN

Teknik beregu Malaysia lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENOLONG jurulatih baharu beregu lelaki kebangsaan, Chang Kim Wai menyifatkan pemain-pemain negara memiliki kemahiran teknikal lebih baik berbanding pemain-pemain yang dilatihnya di China.

Selepas berkelana beberapa tahun di Guangxi, bekas pemain kebangsaan itu menganggap pemain-pemain China hanya memiliki kelebihan dari segi fizikal dan kepantasan, bukannya teknikal.

Kim Wai berkata, beliau dijemput untuk mengendalikan pemain-pemain akademi di sana selain mendedahkan, barisan kejurulatihan di sana mahu ‘mencuri’ ilmu corak latihan yang dipraktikkan Malaysia.

“Sepanjang berada di China, saya boleh katakan bahawa kita lebih hebat dari segi kemahiran teknikal. Di sana, mereka lebih menggunakan kepantasan serta kekuatan.

“Saya pergi ke sana kerana mereka menjemput saya. Mereka mahu belajar corak latihan pemain-pemain Malaysia,” katanya ketika ditemui ketika memulakan tugas di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Kim Wai sebagai penolong jurulatih beregu lelaki bagi membantu Herry Iman Pierngadi dan seorang lagi jurulatih, Muhammad Miftakh.

Kim Wai turut menjelaskan, beliau memerlukan sedikit masa untuk memantau corak latihan beregu lelaki sebelum memberikan sebarang cadangan kepada Herry berhubung program latihan.

“Saya baru pulang ke BAM, jadi masih belum mengenali karakter serta corak permainan setiap pemain. Buar masa sekarang, saya hanya akan ikut arahan Herry kerana beliau merupakan jurulatih yang berpengalaman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI